Telephone: 03-33777888 Fax: 03-33777800 Click Here for Address & Maps Customer Feedback: customer@kpjklang.com

News Detail

Sambutan Meriah Majlis Berkhatan di KPJ Klang Specialist Hospital 2013

KEMERIAHAN MAJLIS BERKHATAN 2013

KPJ KLANG SPECIALIST HOSPITAL

 

Untuk mengekalkan budaya warisan untuk generasi yang akan datang, Hospital Pakar KPJ Klang telah mengadakan Majlis Berkhatan Beramai-ramai sempena musim cuti sekolah pada 16 November 2013.   Sambutan diadakan dengan penuh tradisi dengan paluan kompang, diiringi oleh hulubalang, dayang serta aksi silat dan bacaan doa oleh Pakar Bedah Dr Husin Marijan yang juga merupakan “Tok Mudim” KPJ Klang. 

 

Menurut Dr Husin, berkhatan terbukti dapat mengurangkan risiko kanser zakar disamping mengekalkan kebersihan diri.   Oleh yang demikian, semakin ramai kaum bukan Melayu juga telah memilih untuk berkhatan.   Dengan kaedah amat mudah dan cepat iaitu bius setempat tanpa jahitan dan tanpa penggunaan klamp oleh Pakar Bedah, proses berkhatan yang dijalankan di KPJ Klang dijamin bersih dan selamat.

 

Pada tahun ini, seramai 80 kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 6 tahun sehingga 12 tahun telah berdaftar untuk berkhatan di KPJ Klang.  Majlis berkhatan bukan sahaja merupakan sebahagian daripada tuntutan agama tetapi merupakan sambutan tradisi yang dijalankan oleh hospital ini untuk kali yang kedua.  Tambahan juga, tradisi seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara anggota masyarakat dengan pihak hospital. 

 

Untuk sebarang maklumat yang lebih lanjut mengenai pakej berkhatan, sila hubungi

03 - 33 77 7870 atau emel kepada prmarketing@kpjklang.com