Telephone: 03-33777888 Fax: 03-33777800 Click Here for Address & Maps Customer Feedback: customer@kpjklang.com

News Detail

Majlis Berbuka Puasa KPJ Klang bersama Anak-anak Rumah Siti Khadijah

Bulan mulia menjelang tiba,
Tamatkan sengketa bermaafan kita;
Berpuasalah kita menurut adabnya,
Tidaklah hanya berlapar dahaga.

Dari mana hendak ke mana,
Tinggilah rumput si dari padi;
Bersyukur kita pada Yang Kuasa,
Ditemukan puasa sekali lagi.

Anak gelama dalam lautan,
Mari dibawa di dalam raga;
Moga berpuasa genap sebulan,
hikmahnya pula jangan dilupa.


Bersempena dengan kedatangan Bulan Ramadhan 2014, KPJ Klang julung kalinya telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak dari Rumah Siti Khadijah, Meru dan semua warga kerja KPJ Klang Specialist Hospital.

Setibanya anak-anak dari Rumah Siti Khadijah ke perkarangan lobi KPJ Klang, mereka disajikan dengan tayangan perdana kartun muzikal Frozen di layar TV gergasi.

Tepat jam 7.15pm, majlis dimulakan dengan tazkirah Ramadhan dan disusuli dengan laungan azan Maghrib oleh staff KPJ Klang sebagai tanda berbuka puasa. Selepas menjamah hidangan ringan, para hadirin bergerak ke Conference Hall untuk solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Imam Surau Bandar Baru Klang.

Seterusnya jam 8.30pm, acara makan malam diteruskan sambil diserikan oleh kehadiran penyanyi Nassier Wahab dan Maya Matahari. Beberapa lagu raya didendangkan sambil beramah mesra bersama-sama anak-anak dari Rumah Siti Khadijah.

Acara penyampaian sumbangan disampaikan oleh Pengarah Eksekutif KPJ Klang, En Mohd Taufik Ismail kepada wakil penjaga Rumah Anak-anak Siti Khadijah.

Kemuncak acara apabila sidang fotografi dan bergambar beramai-ramai bersama semua warga kerja KPJ Klang dan anak-anak Siti Khadijah.

Sesungguhnya keceriaan dan kegembiraan terpancar dari wajah anak-anak ini beramah mesra bersama dengan warga kerja KPJ Klang Specialist Hospital.